Khamis, 1 Oktober 2009

Catatan 3 : Kisah Seorang Penarik Beca


Catatan teman kali ini berkaitan seorang tua yang mencari rezki sebagai penarik beca. Hampir sebahagian hidupnya dihabiskan dengan menjadi penarik beca. Berbekal basikal tuanya itulah dia menyara hidup yang sebatang kara. Siapa yang tidak kenal Tok Ngah. Pasar Payang Bandar Kuala Terengganu telah menjadi perhentian tetapnya mencari pelanggan. Dengan kudrat tuanya yang hampir 86 tahun beliau sanggup menghantar penumpang ke mana saja. Jika cuaca baik lebih rezkinya, jika sebaliknya beliau tetap bersyukur dengan ketetentuan tuhan.


Pagi semalam Tok Ngah keluar rumah seperti biasa ke Pasar Payang. Perjalanannya bersama beca tuanya seiring dengan kesibukan kereta, motor yang memenuhi jalan. Alhamdulilah cuaca hari itu sangat baik . Lelaki tua itu tersenyum dengan harapan ramai penumpang sedang menunggunya. Masa berlalu pantas.. pagi bersilih petang, penat Tok Ngah mengayuh becanya memang terasa seiring usianya yang tua. Cukuplah rezkinya hari itu dan masa untuknya pulang telah tiba. Pasar Payang ditinggalkan sayu.. semakin jauh dikayuh beca tua semakin hilang dari pandangan mata.


Esoknya seperti biasa, Hj. Man menunggu Tok Ngah seperti biasa di kaki tangga pasar. Jam hampir 9.00 pagi, pelik ..tok ngah masih belum tiba. Cuti ke tok ngah hari ini detik hj Man di dalam hati. Sambil menunggu Hj. Man membelek -belek akhbar yang dibelinya tadi. Mata terpaku dan tergamam seketika... Tok Ngah jadi bahan berita hari itu. Tok ngah terlibat kemalangan, becanya hancur dilanggar kereta semalam. Tok Ngah pasti tidak akan tiba mengambilnya.


Kini tiada lagi kelibat Tok Ngah di Pasar Payang. Tiada lagi beca Tok Ngah. Arwah pergi bersama becanya untuk selama-lamanya. Namun begitu tragedi yang menimpa Tok Ngah meninggal seribu pertanyaan. Sumber mengatakan arwah Tok Ngah tidak menjumpai jalan pulang yang dilalui setiap hari.Kenapa?... Hanya Tok Ngah yang tahu apa yang terjadi. Kepada Allah kita sedekahkan Al-fatihah ...moga rohnya ditempatkan dengan orang yang beriman. Amin

Selasa, 29 September 2009

Catatan 2

Bertemu kembali. Pagi ni teman buat keputusan naik motorsikal je ke pejabat. Dah lama rasanya teman tak bermotosikal...perjalanan sejauh 35km kajang ke ampang penat juga rasanya , tak seselesa berkereta. Bukan teman nak berkira tapi cuma bertukar selera. Jimat memang le jimat... jimat minyak, tak perlu bayar duit tol cuma harap-harap petang ni tak hujan.
Hari ke 10 Syawal pejabat mula riuh dengan rakan-rakan yang kembali bekerja. Mood raya masih 'happening' bercerita keseronokan beraya di kampung masing-masing. Teman yang dah seminggu bekerja semenjak rabu lepas pun tumpang sekaki.. mood nak kerja masih berat lagi .
Hari ni seorang sahabat teman akan tamat bertugas kerana impiannya menabur bakti dibumi penyu bertuah darul iman menjadi kenyataan. Semoga kerjaya akan terus berkembang di tempat baru. Teman pun ada impian untuk ke sana, Harap doa teman akan dimakbulkan Allah..amin. Teman dah 32 tahun hidup di kajang tiba-tiba memilih untuk ke terengganu... kenapa teman beria hendak kesana?
Isteri teman semenjak Mac 2009 telah berkhidmat di sebuah IPTA di kuala terengganu. Hidup berjauhan memang banyak dugaan. Bila rindu bertandang bagai pungguk rindukan bulan memang mensyahdukan. Nasib baiklah anak2 teman afni dan adam tidak banyak kerenahnya. Isteri teman pernah bertanya pada teman, teman betul-betul bersedia untuk hidup di bandar kuala terengganu yangg tak semeriah kota metropolitan kuala lumpur. Pada teman semua tu perkara kedua, hidup disamping anak isteri lebih mendamaikan. Bagi teman.. isteri dan anak-anak la kurniaan yang tak terhingga. Manja isteri dan kenakalan anak-anak, buat teman lupa penat seharian di pejabat.
Prinsip teman sesuatu yang berlaku pada diri teman ada hikmahnya. Cerita hidup teman telah ditakdirkan Allah. Teman redha dengan apa yang berlaku. Mungkin hari ni bukan rezki teman..mungkin besok rezki teman... cuma Oktober yang mendatang ni teman dan rakan-rakan menunggu rezki yang mungkin tiba... Dato' Sri bonus jangan lupa.

Isnin, 28 September 2009

Catatan 1

salam perkenalan. ikan dilaut asam di darat dalam periuk bertemu jua.... hari ini 9 syawal bermakna 9 hari kiter meraikan hari yang penuh suka duka dan bermacam ragam manusia. Mana yang terlebih belanja terpaksala buat loan tanpa interest dengan anak-anak yang murah rezki time raya ni. tapi mana yang status bujang tu paham-paham la.. pergila tesco beli stock mi segera buat menu istimewa menjelang gaji tiba.

Ini catat pertama untuk blog teman buat tatapan sahabat yang sudi membaca. Apa isu teman nak kongsi dengan sahabat-sahabat yang sudi singgah di blog teman memang buat teman migrain. Maklumla penulis amatur macam teman ni tiada apa yang istimewa.

Isu politik? emmm bukan bidang teman walaupun teman suka bebenor melihat keletah pemimpin-pemimpin politik berjuang setengah mati semata buat janji pada rakyat.
Isu hiburan? cukuplah zed zaidi dengan blog nya nanti tak boleh cari makan pulak heheheh (kontroversi2x)... semenjak ada blog ni tak sangka teman ,artis-artis malaysia ni hebat juga sebagai blogger...

Opah teman penah pesan... sehari kita hidup macam2 sebenarnya jadi kat diri kita... antara sedar tak sedar, celik mata sebuah cerita bermula dan hinggalah terlelap mata tamat la sebuah episod cerita. Teman rasa teman cerita jela apa yang jadi kat diri teman... tapi bukan sekarang la, catatan kedua dan seterusnya.. tunggu............ wassalam