Bertemu kembali. Pagi ni teman buat keputusan naik motorsikal je ke pejabat. Dah lama rasanya teman tak bermotosikal...perjalanan sejauh 35km kajang ke ampang penat juga rasanya , tak seselesa berkereta. Bukan teman nak berkira tapi cuma bertukar selera. Jimat memang le jimat... jimat minyak, tak perlu bayar duit tol cuma harap-harap petang ni tak hujan.
Hari ke 10 Syawal pejabat mula riuh dengan rakan-rakan yang kembali bekerja. Mood raya masih 'happening' bercerita keseronokan beraya di kampung masing-masing. Teman yang dah seminggu bekerja semenjak rabu lepas pun tumpang sekaki.. mood nak kerja masih berat lagi .
Hari ni seorang sahabat teman akan tamat bertugas kerana impiannya menabur bakti dibumi penyu bertuah darul iman menjadi kenyataan. Semoga kerjaya akan terus berkembang di tempat baru. Teman pun ada impian untuk ke sana, Harap doa teman akan dimakbulkan Allah..amin. Teman dah 32 tahun hidup di kajang tiba-tiba memilih untuk ke terengganu... kenapa teman beria hendak kesana?
Isteri teman semenjak Mac 2009 telah berkhidmat di sebuah IPTA di kuala terengganu. Hidup berjauhan memang banyak dugaan. Bila rindu bertandang bagai pungguk rindukan bulan memang mensyahdukan. Nasib baiklah anak2 teman afni dan adam tidak banyak kerenahnya. Isteri teman pernah bertanya pada teman, teman betul-betul bersedia untuk hidup di bandar kuala terengganu yangg tak semeriah kota metropolitan kuala lumpur. Pada teman semua tu perkara kedua, hidup disamping anak isteri lebih mendamaikan. Bagi teman.. isteri dan anak-anak la kurniaan yang tak terhingga. Manja isteri dan kenakalan anak-anak, buat teman lupa penat seharian di pejabat.
Prinsip teman sesuatu yang berlaku pada diri teman ada hikmahnya. Cerita hidup teman telah ditakdirkan Allah. Teman redha dengan apa yang berlaku. Mungkin hari ni bukan rezki teman..mungkin besok rezki teman... cuma Oktober yang mendatang ni teman dan rakan-rakan menunggu rezki yang mungkin tiba... Dato' Sri bonus jangan lupa.
